50 Fakta Penting Lelaki (Perempuan wajib baca) ♥ ♥
1.
Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah
wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu
meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka
ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makh luk yang sangat lemah dari segi hati & perasaan).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa
dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi
bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia
mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran
dia dan Anda berbeza. (Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi mencuba
untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia
akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya.
Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di
dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri
saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak
sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu
diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk
yang pandai berbahasa, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal
perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar
mencintai Anda, dia akan menerima Anda seadanya. Tak peduli Anda gemuk,
hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda
untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai
Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman
Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda,
tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan
melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan
kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu
diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda
bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka
cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu
jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu bercerita semua hal dengan Anda, namun kadang
kala dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu,
jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk
bercerita kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua
bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki
rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis
seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada
untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah, kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya,
sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat
mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya
menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat
Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah
boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan
susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata
padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia
bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita,
mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda
mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika
Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus
merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikiran keras ketika Anda
menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya
mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan
melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai.
Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah
“Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi
kekasihnya?).
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki
memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi
kadang kala susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki
menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
24.
Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi
kadang kala mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh
menyukai sesama jenisnya.
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda
menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu
bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan
sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang
dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan
melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat
Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki merasa rindu pada Anda, tetapi jika rindu itu terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup
mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam
matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki
lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping
mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang malu bertanya kepada wanita apa yang
diinginkan. Hasilnya, kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya.
Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung
memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah
diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
45. Selalunya lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang
tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan
keluarga).
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu
penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita
khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan
hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah
mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu
memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.
p/s: sy akan cuba memahami awk... (^_~)
No comments:
Post a Comment