10:09 pm
mlm ni aku buka fb n aku ternampak artikel ni...
mcm best jer..juz nk kongsi ngn semua ttg hakikat kehidupan sekarang about a girl..
sama2 kita renungkan k..
Wanita merupakan insan yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya.
Sifat lemah lembut dan sopan santun jika dahulunya sering dikaitkan dengan
insan bernama wanita. Berlainan pula jika dibandingkan dengan zaman sekarang
kerana sifat lemah lembut dan sopan santun semakin terhakis dalam kalangan
wanita. Hari berganti hari semakin susah untuk menemui wanita yang betul-betul
dikelaskan sebagai wanita yang sopan dan lemah lebut.
Begitu juga dengan sifat malu dalam kalangan wanita, kerana
semakin hari semakin hilangnya sifat malu dalam kalangan wanita. Wanita
sekarang sering membuang sifat malunya kerana tidak mahu dianggap kolot dalam
kalangan kawan-kawannya. Bercerita mengenai tudung, ramai wanita Islam sekarang
telah menjadikan tudung itu sebagai fesyen semata-mata dan bukannya untuk
menutup aurat. Di dalam Islam tugas wanita Islam adalah menjaga aurat jika
berhadapan dengan bukan muhrim. Segala perintah yang ditetapkan oleh Allah
sering dilanggar kerana tiadanya sifat malu dalam diri wanita itu sendiri.
Berpakaian ketat dan bertudung dengan tidak sempurna sering dikaitan
dengan wanita. Jarang sekali kita melihat lelaki yang berpakaian ketat
terutamanya berseluar ketat. Perkara ini sering terjadi kepada wanita. Memakai
seluar dan baju ketat dan pada masa yang sama bertudung. Tidakkah itu sebagai
satu penghinaan terhadap Islam? Mengaku sebagai seorang Islam tetapi tidak
mengikuti segala perintah daripada agama Islam itu sendiri. Lebih pelik lagi
apabila wanita yang berpakaian seksi sehingga menaikkan nafsu lelaki sering
menyalahkan lelaki jika ada lelaki yang sering memandang ke arahnya.
Berpakaian seksi dengan tanpa segan silu tetapi marahkan lelaki jika
ada lelaki yang memandang? Satu situasi yang agak pelik kerana dalam hal ini
bukanlah lelaki yang menjadi pemula kepada maksiat mata itu tetapi wanita itu
sendiri. Lelaki mempunyai nafsu dan bukannya malaikat yang tidak mempunyai
nafsu. Keseksianya wanita itu adalah punca utama kepada berlakunya maksiat mata.
Bermula dari mata seterusnya, perbuatan dan akhirnya zina. Perkara inilah yang
perlu kita jauhi.
Dimana hilangnya sifat malu dalam kalangan wanita? Janganlah tergolong
dalam kalangan wanita yang sering menaikkan nafsu lelaki kerana itu boleh
membuatkan wanita itu menjadi ahli neraka. Walallahualam…
No comments:
Post a Comment